13,450 Unit Motosikal Ducati Dijual Pada Suku Pertama 2022
Itali sekali lagi muncul sebagai pasaran utama untuk Ducati dengan 2,544 unit (+8%) motosikal diserkan, diikuti dengan Jerman dengan 1,382 unit (+9%). Pertumbuhan yang ketara turut dicatatkan di Perancis, di mana sebanyak 1,153 unit motosikal Ducati berjaya dijual, 29% lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada 2021.